Business X-Ray · Percuma untuk founder SME

Jualan dah ada.
Tapi bisnes masih tersekat?

Selalunya bukan sebab kurang iklan. Ada satu department yang bocor. Business X-Ray tunjuk yang mana, dalam kira-kira 10 minit.

Mulakan X-Ray Percuma →

Tiada bayaran. Tiada kad kredit. Laporan terus dipaparkan.

  • 40 kenyataan
  • 8 department
  • Pelan tindakan 90 hari

oleh Sifubad · bimbingan usahawan sejak 2013

Contoh laporanData ilustrasi
Strategi 64Branding 72Marketing 48Jualan 56Kewangan 60Operasi 52Team 40AI 36Mula di sini dulu ↘
54 /100

Sedang Dibina
Fokus pertama: AI & Automasi, Team & HR, Marketing.

  • SEJAK 2013Sifubad membimbing usahawan Malaysia.
  • 50,000+Usahawan telah dibimbing oleh Sifubad.
  • 18 TAHUNPengalaman marketing dan branding pengasas.
  • FORMULA DULUAI kemudian. Hanya kaedah yang telah diuji.
Kenal tak situasi ni?

Kerja makin banyak.
Untung tak ikut naik.

Tuan/Puan bukan malas. Bisnes pun bukan teruk. Cuma ada tanda-tanda yang selalu diabaikan.

  • Iklan ditambah. Jualan naik sekejap. Kemudian turun balik.
  • Semua keputusan tunggu Tuan/Puan. Cuti dua hari pun kerja tersangkut.
  • Jualan nampak besar. Tapi hujung bulan, tunai tetap ketat.
  • Staf sibuk setiap hari. Tapi tiada siapa pegang angka sendiri.
  • Dah cuba macam-macam tools AI. Belum nampak kesan pada angka.
  • Pelanggan beli sekali. Jarang yang datang semula.

Kalau dua atau lebih kena, masalahnya bukan usaha. Masalahnya ialah belum tahu mana yang patut dibaiki dulu.

Kos tersembunyi

Meneka itu mahal.

Tanpa ukuran, setiap pembaikan ialah tekaan. Dan tekaan yang salah tetap kena bayar.

  • 01

    Baiki tempat yang salah

    Bajet iklan ditambah. Sedangkan yang bocor ialah follow-up jualan. Duit keluar. Masalah kekal.

  • 02

    Founder jadi bottleneck

    Selagi sistem belum ada, setiap pertumbuhan menambah beban pada orang yang sama.

  • 03

    Masa terus berjalan

    Setiap suku tahun tanpa ukuran ialah suku tahun keputusan dibuat ikut rasa.

Ukur dulu.
Baru baiki.

Ukur Bisnes Saya Sekarang →

Percuma. Kira-kira 10 minit.

Semak pantas · 30 saat

Cuba tiga kenyataan ini dulu.

Diambil terus daripada assessment sebenar. Jawab dengan jujur.

Jualan

Setiap prospek baharu dibalas dalam masa satu jam pada waktu operasi.

Kewangan

Saya semak duit masuk dan duit keluar setiap minggu, dan tahu baki tunai untuk 30 hari akan datang.

Team & HR

Bisnes boleh berjalan seperti biasa selama dua minggu tanpa saya terlibat dalam kerja harian.

Apa yang diperiksa

Lapan department.
Satu gambaran penuh.

Masalah bisnes jarang duduk di satu tempat. Kami periksa lapan department, lima kenyataan setiap satu. Setiap kenyataan menyebut amalan yang boleh disemak: angka, kekerapan atau dokumen.

  • 1Jalankan

    Pengurusan & Strategi

    Sasaran, keutamaan, semakan angka dan cara keputusan dibuat.

  • 2Naikkan

    Branding

    Positioning, identiti visual, panduan jenama dan bukti kepercayaan.

  • 3Naikkan

    Marketing

    Kalendar kandungan, kos per pelanggan, database dan saluran prospek.

  • 4Naikkan

    Jualan

    Kelajuan balas, follow-up, conversion, skrip dan pembelian ulangan.

  • 5Jalankan

    Kewangan

    Margin, aliran tunai, simpanan, pengasingan duit dan penyata bulanan.

  • 6Jalankan

    Operasi

    SOP, kualiti, penghantaran, perancangan stok dan pembaikan masalah.

  • 7Jalankan

    Team & HR

    Skop kerja, KPI individu, pengambilan staf, mesyuarat dan kebergantungan pada founder.

  • 8Lajukan

    AI & Automasi

    Senarai tugasan, penggunaan mingguan, templat dikongsi, automasi dan ukuran kesan.

Jalankan, Naikkan dan Lajukan ialah tiga tonggak sifubad.AI: sistem dan operasi, jenama dan jualan, AI dan automasi. Laporan memberi skor bagi setiap tonggak.

Alan Budi, watak AI jurucakap sifubad.AIWATAK AI
Ukur dulu. Baru baiki. Ini formulanya.

Kebanyakan founder terus menambah iklan atau tools. Assessment ini tunjuk department mana yang patut dibaiki dahulu.

Alan Budi · Jurucakap sifubad.AI
Apa yang Tuan/Puan terima

Laporan yang boleh diguna esok.

Bukan sekadar skor. Setiap laporan memberi langkah yang jelas, mengikut jawapan yang diberi.

  • Ringkasan visual satu halaman, dengan nama bisnes
  • Skor keseluruhan dan skor lapan department
  • Ulasan bertulis bagi setiap department
  • Tiga fokus utama, disusun ikut keutamaan
  • Tindakan 7 hari, satu langkah sehari
  • Pelan tindakan 30, 60 dan 90 hari
  • KPI yang dicadangkan untuk dipantau

Boleh dibaca di telefon dan disimpan sebagai PDF.

Contoh laporanData ilustrasi
BrandingKukuh · 72
Pengurusan & StrategiSedang Dibina · 64
KewanganSedang Dibina · 60
JualanSedang Dibina · 56
OperasiSedang Dibina · 52
MarketingFOKUS 3Sedang Dibina · 48
Team & HRFOKUS 2Peringkat Asas · 40
AI & AutomasiFOKUS 1Peringkat Asas · 36
Peringkat Asas · 0 hingga 44Bina asas dahulu
Sedang Dibina · 45 hingga 64Perkemas dan tetapkan
Kukuh · 65 hingga 84Kekalkan dan ukur
Sangat Kukuh · 85 hingga 100Jadikan contoh

Sebelum X-Ray

  • Rasa ada yang tak kena. Tapi tak pasti di mana.
  • Baiki ikut apa yang paling bising minggu itu.
  • Team tak tahu apa keutamaan sebenar.

Selepas X-Ray

  • Skor yang jelas untuk lapan department.
  • Tiga fokus, disusun ikut keutamaan.
  • Tindakan 7 hari dan pelan 90 hari untuk dikongsi dengan team.
Cara ia berfungsi

Empat langkah. Sepuluh minit.

  1. Daftar

    Isi nama, emel, WhatsApp dan maklumat ringkas bisnes.

  2. Jawab 40 kenyataan

    Lima bagi setiap department. Skala 1 hingga 5. Jawapan disimpan secara automatik.

  3. Terima skor dan laporan

    Laporan dipaparkan terus selepas kenyataan terakhir.

  4. Laksana pelan 90 hari

    Mula dengan tindakan 7 hari. Ulang assessment selepas 90 hari.

Test dulu. Baru percaya.

Strategi dulu. Tools kemudian.

Kami beritahu terus apa yang assessment ini buat, dan apa yang ia tidak buat.

Apa yang ia buat

  • Semak 40 amalan spesifik, bukan soalan umum.
  • Bandingkan lapan department dalam bisnes yang sama.
  • Jana laporan mengikut formula tetap. Angka tidak direka.
  • Beri hala tuju yang tersusun untuk 90 hari.

Apa yang ia tidak buat

  • Ini penilaian kendiri. Skor bergantung pada jawapan yang jujur.
  • Ini bukan audit kewangan dan bukan diagnosis profesional.
  • Tiada benchmark industri direka.
  • Tiada janji hasil pasti. Pelaksanaan menentukan hasil.
Soalan lazim

Sebelum Tuan/Puan mula.

Betul-betul percuma?

Ya. Tiada bayaran dan tiada kad kredit diperlukan.

Berapa lama masa diperlukan?

Kira-kira 10 minit untuk 40 kenyataan. Jawapan disimpan secara automatik, jadi boleh disambung kemudian pada telefon atau komputer yang sama.

Siapa yang sesuai menjawab?

Founder dan pemilik bisnes SME yang sudah ada jualan dan mahu tahu apa yang perlu dibaiki dahulu.

Bagaimana skor dikira?

Setiap department ada lima kenyataan dengan skala 1 hingga 5. Skor department ialah jumlah jawapan dibahagi 25, didarab 100. Skor keseluruhan ialah purata lapan department.

Apa maksud peringkat pada skor?

Setiap skor diberi satu daripada empat peringkat: Peringkat Asas, Sedang Dibina, Kukuh dan Sangat Kukuh. Peringkat ini menunjukkan di mana perlu bermula. Ia bukan perbandingan dengan bisnes lain.

Bisnes saya belum ada staf. Boleh jawab bahagian Team & HR?

Boleh. Jawab berdasarkan freelancer, pekerja sambilan atau vendor yang membantu bisnes.

Adakah laporan ditulis oleh AI?

Laporan dijana secara automatik mengikut formula tetap, berdasarkan jawapan yang diberi. Ia tidak mereka angka dan tidak menggunakan benchmark industri.

Adakah saya akan dihubungi selepas ini?

Hanya jika memilih untuk menerima kandungan dan tawaran daripada sifubad.AI. Pilihan itu berasingan dan tidak wajib.

Privasi data

  • Data digunakan untuk menjana laporan dan urusan berkaitan laporan itu.
  • Kandungan pemasaran hanya dihantar dengan persetujuan berasingan.
  • Laporan dibuka melalui pautan peribadi yang sukar diteka.
  • Permintaan padam data boleh dibuat pada bila-bila masa.
Baca notis privasi

Tahu apa nak
baiki dulu.

Sepuluh minit hari ini. Pelan yang jelas untuk 90 hari.

Mulakan X-Ray Percuma →

Tiada bayaran. Tiada kad kredit.

Ada soalan sebelum mula? WhatsApp 010-227 4997